Sunday 24 February 2013

Beda Kau & Dia.

Kau lihat seseorang yang hidupnya serba senang,
Kau mengeluh, "Tuhan. Apa lebihnya dia & apa yang aku kurang ?".

Dia pernah terkandas dikala menuntut di sekolah yang berprestij tinggi,
'Mudah' kan hidup dia berbanding kau yang lulus zaman sekolah tinggi ?
Puluhan kali dia gagal Matematik Tambahan punya peperiksaan,
'Santai' kan hidup dia berbanding kau yang dapat 99 markah,umpama makanan ?
Cinta dia ditolak saban kali,macam kau tepikan sayur dalam lauk yang kau benci,
'Rileks' kan hidup dia berbanding kau yang digilai gadis macam magnet menarik besi ?
Duitnya hangus dilabur saat ingin membantu anak bangsa,
'Gampang' kan hidup dia berbanding kau yang joli di kelab malam, hanyut di lantai dansa ?

Kini dia berasa senang, kerana pernah jatuh diterajang celaka bernama 'kesusahan',
Dan kau masih berasa tertekan, memaki Tuhan sambil bertanya "Apakah ini balasan ?".

No comments:

Post a Comment