Monday 15 April 2013

Balasan.

Tadi, aku terpandang lengan kiriku tanpa sengaja,
Aku perasan, ia makin hitam tak tahu apa sebabnya,
Mungkin, aku sedang 'dibakar' didunia,
Dibakar diriku kerana timbunan dosa-dosa bak kayu yang jadi bara,
Takpe Tuhan, 'bakar'lah aku sampai hangus walau ke tulang selangka,
Biarlah aku di'bakar' di alam ini yang serba hina,
Asalkan nanti aku tidak dicalit sedikit pun dengan api di neraka.

Sunday 7 April 2013

Comel.

"Kak, kira ?"
"Makan apa ni ?"
"Nasi goreng ayam, satu. Bakso, satu. Milo ais gelas besar, satu."
"Emm...semua RM13.40."
"Nah kak,RM15. Ni ada 40 sen sekali."
"Okay, kejap ye. Comel dompet. Hahaha !"
"Ahahaha ! Terima kasih."



Tuan dompetnya tak comel ke macam mana ?
Okebai.

Saturday 6 April 2013

Mimpi.

'I Miss You', di-Cc kepada aku disebuah laman sosial,

BEEP BEEP !
BEEP BEEP !

Kuat penggera telefon ku bernasyid macam lagu metal,
Kejutkan aku si syaitan yang tidur lama macam sial.

P/S : Power betul syaitan punya agenda nak ubah pendirian aku selama 20 tahun ni.

Monday 1 April 2013

Mama Oh Mama !

Aku kunyah pecal, meratah berbagai sayur yang berlambak diberi,
Mama duduk disofa belakangku, tanya "Mana beli ?",
"Pasar petang tadi", jawab aku sambil jilat jari.

BEEP !

Notifikasi Twicca aku berbunyi,
Pantas telefon aku dicari,
Skrol,skrol & skrol lagi,
Macam biasa, notifikasi sesat entah dari mana mari.

"Mama. Apa beza lontong dengan pecal ?", rawak soalan yang aku beri,
Mama buntangkan mata, aku rasa sedikit ngeri,
"Makwe mana tanya tu ?", aku dibalas soalan bagai ditumbuk bertubi-tubi,
Mama tanya macam tu, agaknya sebab dia tengok aku main telefon dari tadi dekat tepi.

Mama,
Tak kelakar tahu bagi soalan macam tu...
(-_-")