Monday 30 September 2013

Gadis Pemukul & Punggung Disepak.

You've a girl best friend that is God damn beautiful,
cooler than any typical girls
and the most important thing, single.

For God's sake, take her!
Throw away the space between the 'girl' & 'friend' in the word 'girl friend', you idiot!

Monday 15 April 2013

Balasan.

Tadi, aku terpandang lengan kiriku tanpa sengaja,
Aku perasan, ia makin hitam tak tahu apa sebabnya,
Mungkin, aku sedang 'dibakar' didunia,
Dibakar diriku kerana timbunan dosa-dosa bak kayu yang jadi bara,
Takpe Tuhan, 'bakar'lah aku sampai hangus walau ke tulang selangka,
Biarlah aku di'bakar' di alam ini yang serba hina,
Asalkan nanti aku tidak dicalit sedikit pun dengan api di neraka.

Sunday 7 April 2013

Comel.

"Kak, kira ?"
"Makan apa ni ?"
"Nasi goreng ayam, satu. Bakso, satu. Milo ais gelas besar, satu."
"Emm...semua RM13.40."
"Nah kak,RM15. Ni ada 40 sen sekali."
"Okay, kejap ye. Comel dompet. Hahaha !"
"Ahahaha ! Terima kasih."



Tuan dompetnya tak comel ke macam mana ?
Okebai.

Saturday 6 April 2013

Mimpi.

'I Miss You', di-Cc kepada aku disebuah laman sosial,

BEEP BEEP !
BEEP BEEP !

Kuat penggera telefon ku bernasyid macam lagu metal,
Kejutkan aku si syaitan yang tidur lama macam sial.

P/S : Power betul syaitan punya agenda nak ubah pendirian aku selama 20 tahun ni.

Monday 1 April 2013

Mama Oh Mama !

Aku kunyah pecal, meratah berbagai sayur yang berlambak diberi,
Mama duduk disofa belakangku, tanya "Mana beli ?",
"Pasar petang tadi", jawab aku sambil jilat jari.

BEEP !

Notifikasi Twicca aku berbunyi,
Pantas telefon aku dicari,
Skrol,skrol & skrol lagi,
Macam biasa, notifikasi sesat entah dari mana mari.

"Mama. Apa beza lontong dengan pecal ?", rawak soalan yang aku beri,
Mama buntangkan mata, aku rasa sedikit ngeri,
"Makwe mana tanya tu ?", aku dibalas soalan bagai ditumbuk bertubi-tubi,
Mama tanya macam tu, agaknya sebab dia tengok aku main telefon dari tadi dekat tepi.

Mama,
Tak kelakar tahu bagi soalan macam tu...
(-_-")

Thursday 28 March 2013

Hebat ?

Kalau kau lemah,
Akui kau lemah,
Akui, tapi bukan tunjuk kau lemah,
Jangan tunjuk hebat, mendabik dada megah,
Kau bakal menyusahkan, sama macam ulat sampah,
Ulat yang menakutkan manusia, bagai dia paling gah,
Padahal parasit yang lemah, sembunyi disebalik sampah.

Wednesday 27 March 2013

Penagih.

Baik aku duduk diam,
Jadi bodoh tuli bisu hadap laptop,
Daripada ikut kau,
Douchebag, menunjuk segala yang ada,
Demi sekelumit perhatian,
Demi secebis perhatian,
Demi secalit perhatian.

Aku faham kau punya perasaan,
Kau pernah kurang dipedulikan,
Bunyi macam aku cemburu, kan ?
Adalah sikit cemburu, tidak aku nafikan,
Tapi baik cemburu, dari ikut kau jadi penagih perhatian,
Kan ?

Saturday 9 March 2013

Malang.

Ah, patutnya aku balik rumah,
Pergi stadium ajak kawan-kawan rapat atau Abah,
Tapi sekarang aku dekat asrama yang kononnya macam Al-Jannah,
Terkurung dalam bilik, serupa binatang tak tentu arah,
Kawan semua berfoya dengan makwe, diorang nak ingat dekat aku ? Harapanlah.
Sekarang ni JDT 0, 2 gol Selangor belasah.
Dan aku tak dapat tengok langsung babak-babak dimana harapan JDT punah.

Pig !
Faking pig !

Monday 4 March 2013

Ah.

Kerabu mangga, ikan keli & nasi putih bermandikan kicap manis,
Pucuk gajus, gulai ikan singgang & nasi putih disiramkan kicap masin,
Cencaru bakar, kacang botol & nasi putih bertemankan sambal belacan.

Ah, laparnya...

Thursday 28 February 2013

Percaya.

Aku tak pernah percaya cinta,
Aku tak pernah yakin pada jodoh,
Aku tak pernah henti gelak pada institusi perkahwinan,

Sebab aku memang tak perlu langsung semua itu.

Tuesday 26 February 2013

Sebab.

Ada hikmah aku tak jadi ustaz rupanya,
Sebab banyak realiti tentangnya yang kelakar belaka,
Mama, kalau Mama nampak definisi & fungsi 'ustaz' dalam dunia sekarang yang hina,
Pasti Mama bersyukur anak Mama ni berperangai macam syaitan durjana.

Kihkihkih !

Monday 25 February 2013

Sedar Tak ?

Sedar tak sedar, kampung halaman kau dah berubah jadi lain,
Sedar tak sedar, padang bola depan rumah dah jadi kolam ikan bermain,
Sedar tak sedar, adik beradik kau yang berderet semuanya dah berkahwin,
Sedar tak sedar, dah ada anak saudara yang berpaut pada kau macam penyepit kain,
Sedar tak sedar, Diabetes Mellitus buatkan kau jadi penyuntik tegar insulin.

Sedar tak sedar, Tuhan panggil pergi menghadap pun kau masih tengah ligat main-main.

Impian.

Tuhan,
Kau turunkanlah seorang gadis sama wajah,sifat & perangai seperti Ji Hyo untuk aku,
Serius ni,
Aku telah jatuh cinta dengan Ji Hyo,
Sungguh...


Sunday 24 February 2013

Beda Kau & Dia.

Kau lihat seseorang yang hidupnya serba senang,
Kau mengeluh, "Tuhan. Apa lebihnya dia & apa yang aku kurang ?".

Dia pernah terkandas dikala menuntut di sekolah yang berprestij tinggi,
'Mudah' kan hidup dia berbanding kau yang lulus zaman sekolah tinggi ?
Puluhan kali dia gagal Matematik Tambahan punya peperiksaan,
'Santai' kan hidup dia berbanding kau yang dapat 99 markah,umpama makanan ?
Cinta dia ditolak saban kali,macam kau tepikan sayur dalam lauk yang kau benci,
'Rileks' kan hidup dia berbanding kau yang digilai gadis macam magnet menarik besi ?
Duitnya hangus dilabur saat ingin membantu anak bangsa,
'Gampang' kan hidup dia berbanding kau yang joli di kelab malam, hanyut di lantai dansa ?

Kini dia berasa senang, kerana pernah jatuh diterajang celaka bernama 'kesusahan',
Dan kau masih berasa tertekan, memaki Tuhan sambil bertanya "Apakah ini balasan ?".

Tak Bermakna.

Terkadang kau ingat kepada seseorang,
Rindu, rasa bagai dilamun cinta buat kau girang,
Tapi sejenak minda kau berfikir seorang,
"Rindu tak bermakna suka/cinta", hela nafas kau kurang riang.

Serbanistas : Versi Papan Kekunci.

Dalil dari Google yang kau ambil, untuk tagih ribuan 'LIKE' saja kan ?
Hadis yang kau tiru tanpa tahu kesahihannya, untuk raih ratusan 'retweet' saja kan ?

Tapi,

Bila orang tegur salah silap, mulalah kau guna Tuhan & ayat Quran untuk menghentam,
Siap label orang sebagai munafik & ekstrimis, manakan tidak orang diam tergumam.

Serbanistas, versi papan kekunci,
Ya, mungkin itu yang kau hendaki,
Gelaran & nama yang gah bak perdana menteri,
Dengan serban & kopiah virtual, bukan dialam realiti.

Serbanistas macam kau,
Heh...

Saturday 23 February 2013

Beza.

Aku aju soalan,
Bukan main tajam kau jeling, tarik muka sambil jawab soalan dengan dingin.
Dia tanya soalan,
Bukan main lembut kau kerling, bersinar muka beri jawapan yang dia ingin.

Aneh, apa salah aku bertanya walaupun aku orang asing ?
Bukan ke dia, yang kau jawab soalannya dengan riang tadi juga orang asing ?

Oh, dia tampil bergaya & kacak,
Dengan sut & kasut yang berkilat, digilap tak beragak,
Aku selekeh macam baru kena rompak,
Dengan kasut rabak & jeans sedikit koyak.

Ah, ber'beza'nya aku dengan dia,
Ibarat aku manusia & dia itu dewa.

Monolog Aku Atau Kau ?

Setiap tutur nukilan jarinya, kau perhati & baca,
Setiap gambar yang dia kongsi, kau senyum sambil tatap riak muka dia,
Dia bersedih, kaulah yang berjenaka agar dia ketawa,
Dia gembira, kaulah yang setia bersorak disampingnya,
Dialah yang kau minat,dialah yang kau suka,
Tapi semua yang kau buat, dia tak rasa apa-apa pun sebenarnya,
Kau pujuk dia, tapi bukan kau yang ditangkap matanya,
Kau buat dia tertawa, tapi bukan kau yang dia kongsi tawa bersama,
Bersabarlah, mungkin Tuhan belum ukir nama kau dihati dia.
Atau bukan dia yang tertakluk untuk kau di Luh Mahfuz milik si Dia,
Berbaloikah kau tunggu dia tatkala diri merana ?
Atau lebih berbaloi kau panjatkan doa pohon bantuan Yang Esa ?

Mana yang lebih baik untuk kau, rasa-rasanya ?
Terpulanglah,
Sebab ini mungkin monolog kau, yang aku tolong tulis secara tak sengaja.
...atau mungkin luahan aku, yang bodoh ternanti dia yang tak mungkin jadi aku punya.
Hehehe !

P/S : Panjang betul,kan ? Ah,pedulikanlah.

Friday 22 February 2013

Buntu.

Kau maju ke depan, yang kau temu cuma bucu,
Kau undur ke belakang, yang kau langgar cuma penjuru,
Putus asa, kau mula rasa buntu,
Tapi disebalik itu, ada jalan yang kau tak tahu,
Mungkin jalan ke atas, panjat ke langit biru lembut bak salju,
Atau jalan ke bawah, gali ke kerak bumi keras dek batu.

Diskriminasi.

Kau baik,kau rasa kau ke yang paling suci ?
Kau suci,kau pasti sangat ke kau paling baik ?

Ingat,itu diskriminasi.
Jangan tunggu orang nilai kau macam tu nanti.
Didiskriminasi,rasanya sakit.
Takut kau yang merana,tak tahan perit.

Tuesday 1 January 2013

Perfeksionisma...

Sudah masuk tahun 2013,
Dan aku masih seorang perfeksionis,
Mencari kesempurnaan abadi,
Dalam ketidaksempurnaan segala perkara duniawi.

"Kenapa tulisan ni senget ?",
"Kenapa saiz tulisan lain-lain ?",
Maafkan aku dan soalanku,
Kerana cerewet dengan benda yang tak cantik.

P/S : "Citarasa kau semuanya tinggi. Benda kau buat semuanya nak 100% precise & perfect. Boleh tak jangan jadi perfectionist sangat ?" - Kawan,2012.