Sunday 25 November 2012

Arsenal, Popcorn & Coke Light.


           “Betul ke tengok cerita ni dekat sini ? Macam garaj kapal selam je ni. Ke memang wayang dekat bandar besaq macam gini ?”, aku mengomel sambil merenung tiket wayang 'Paranormal Activity 4' itu. Hampir setengah jam aku mencangkung sambil menjentik-jentik tag maklumat diri yang aku gantungkan dibeg galas dihadapan dataran panggung wayang rangkaian Golden Screen Cinemas itu. Ligat mata bertukar fokus antara kaunter tiket, tiket wayang dan kunci motor. “Kalau dah susah-susah sangat, kau balik tidur jelah Remy”, digaru kepala guna kunci motor tersebut.
           
             Pandangan beralih tepat ke kaunter tiket. Cubaan mengudarakan soalan ke kaunter tersebut terlintas difikirannya. “Diorang ni mogok tahan nafas sebab tak dapat gaji ke berlonggok depan kaunter ramai-ramai ?”, getus hatiku melihat puluhan manusia berbaris didataran itu.
            
              “Derr ! Beratur belakanglah nak beli tiket tu. Tangan gua ni pun dah lama tak hinggap muka orang. Lu nak ke ?”, suara lantang dari celah barisan tersebut bergema. Seorang lelaki berkaca mata hitam, baju yang di-popped up-kan kolarnya serta erat memeluk makwenya menuding jarinya ke aku. Sekalian ‘ahli mogok’ disitu semua memandang. Suasana sunyi.
            
               “Ooo. Beratur beli tiket rupanya. Amboi. Baru keluar penjara abang ni agaknya. Rileks, rileks”, aku berjalan sopan kearahnya sambil menunjukkan tiket aku yang keronyok sedikit sebab digenggam dari tadi.
            
                “Awak ni. Ni pergi dekat sana,awak. Awak tak payah beratur beli tiket dah. Hihihi !”, terkekek gadis yang dipeluknya tadi ketawa. Sinis senyuman aku beri ke pakwenya tadi yang sudah malu, lalu menoleh kebelakang pura-pura menonton trailer wayang terbaru. Dalam hati aku, “HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !” sambil terus melangkah ke kaunter yang ditunjukkan oleh gadis tadi.
            
                 Panggung bernombor 5 untuk tayangan lewat malamku itu telah dibuka. Tiket diperiksa, dan laju kaki bersarungkan selipar buruk ini mencari panggung itu. “Ergh ! Beratnya pintu ni nak tolak ! Ini wayang ke bilik kebal dalam bank !”, berkerut dahi aku menarik pintu masuk. Dua langkah ke belakang, aku dah sedia untuk menerajang pintu tersebut. “Hiyaaaaaaaaa...AIP !”, pintu ditolak keluar dari sebelah dalam.
            
                “Sorry abang, lambat bukak pintu !”.
            
                “Okay, okay. Lain kali jangan buat lagi, tahu ? Abang pesan ni demi masa depan adik juga. Faham ?”, tazkirah pukul 12 tengah malam aku sampaikan pada mamat yang buka pintu panggung tadi. Padahal tengah cover malu sebab tolak pintu yang patutnya ditarik. Muka mamat tu dah macam budak darjah 4 diberi soalan Sains Tingkatan 3.
            
                 Kosong. Masih kosong panggung itu. “Kalau takde orang, aku bentang comforter depan skrin tu jugak karang !”, riang hati aku berkata sambil lari laju menuruni dan menaiki tangga seperti tiada hala tuju hidup. Tiba-tiba, pintu masuk tadi dibuka.
            
                 Uiks !
            
                 Bergolek jatuh aku yang tengah berlari ditangga itu. “Alamak ! Alamak ! Alamak ! Siapa masuk ni hoi ! Malu ! Aaa ! Malu ! ”, pantas aku merangkak ke tempat duduk berlabel G7 yang kebetulan sebaris dengan tangga tempat aku jatuh tersungkur tadi. Kaki disilangkan, muka dirilekskan, handphone direntap keluar dari poket seluar.
            
                 Kusyen sebelah diduduki seseorang. “Ah ! Nak tegur ke tidak ni. Confirm dia nampak tadi. Alahai !”, pattern screen lock handphone diusap dengan jari tanpa sedar keluarnya notifikasi yang handphone aku hanya boleh di-unlock selepas beberapa jam.
            
                “Tegur, tak tegur. Tegur, tak tegur. Tegur, tak tegur. Tegur, tak...AH ! Pedulikaaaaaa...hai...”, lemah tutur aku memandang gadis dalam umur 20-an berbaju Arsenal dan rambutnya separas dengan dadanya.
            
                “Emm ?”, jawab gadis berkulit kuning langsat itu sambil mengemam popcorn GSC bersaiz large.
            
                “Aaa,comel...eh,tak ! Saya call orang tadi. Tiba-tiba tertelefon polis. Saya ‘hai’ dekat dia je. Hahaha !”. Betullah kata orang. Kalau terpikat dekat orang, benda paling mengarut dan bangang dalam dunia ni pun boleh jadi masuk akal.
            
                 Layar skrin diturunkan. Lampu dalaman sekeliling dipadamkan. Setelah dimainkan beberapa iklan KFC yang saja nak buat orang mengamuk cari ayam goreng dalam panggung, baru aku sedar yang hanya kami berdua penonton filem seram itu lewat malam tersebut. “Ahh, masuk JAIS dalam ni mampus aku. Datang KL single, balik kampung bawak bini”, luah hati aku yang resah tapi ekor mata masih menjeling nakal kearah gadis itu.
            
                 Babak demi babak seram bermula. Daripada pisau jatuh dari siling hinggalah ke leher dipatahkan seperti pensel. Tegak bulu roma berdiri, menggigil ketakutan juga dirasai...tapi bukan aku. Makwe Arsenal ni yang menggigil. Sampai suap popcorn dalam mulut pun tak masuk. Berterabur popcorn atas lantai. Aku suapkan karang, lain pula cerita dia nanti. Hinggalah babak disaat-saat terakhir filem itu...
            
                SPLASH !
            
                Lencun jeans hitam lusuh aku minum Coke Light dia. Terkaman hantu yang terpapar dilayar benar-benar menggerunkan gadis itu. Kalau ada orang rakam wayang secara haram dalam tu, entah berapa ramai dah kecewa beli DVD dia yang ada rakaman orang melompat terbaling cawan polisterin tu.

               “Sorry awaaaakkkkkkk ! Sorry,sorry sorry...”, dah macam lagu Super Junior ulang ‘sorry’ banyak-banyak kali ni. Melihatkan matanya yang bundar bergenang air mata, aku tak mampu nak kata apa-apa. Senyum dan angguk sahaja. Comel sampai mati kata aku, aku pun tak tahu nak jawab apa.
            
                “It’s okay. Not your fault, actually. The ghosts are the one that should be blamed”, speaking aku dalam English. Patutlah cikgu English aku cadangkan nama aku jadi pengerusi kelab Bahasa Inggeris dulu. Selain sebab takde orang join kelab tu, English aku yang pangkat darjah 4 ni pun boleh jadi penyelamat dalam keadaan ‘makwe menangis’ macam ni.
            
                “Alaaaahh ! Kenapa awak senyum je ni ? Awak marah ke ? Saya belanja awak makan, ehh ? Iye ? Bolehlah ! Boleh tak ni ?”, pujuk rayu guna suara lembut sambil menarik-narik lengan baju ni memang hebat betul dugaan dia.
            
                 Difikirkan kembali, mana ada kedai makan yang masih dibuka sekitar kawasan ni lewat-lewat malam macam ni. Dan...dia ni nak balik naik apa ? Mulalah deria aku kuat mengatakan yang dia ni puteri bunian keluar ke alam manusia sebab nak tengok wayang. Jaga-jaga, aku hafal ayat Qursi ni. Aku azan karang, terbakar nanti.
            
                “Emm, takpelah. Sikit je ni. Okebai !”, terus aku menghala ke pintu keluar laju-laju. Kali pertama aku berlakon jadi bergaya dengan seluar basah ni. Nasib baik dia tak perasan. Nasib baik juga lewat malam, mana ada orang tahu pun seluar aku basah. Kalau tak, mesti ada yang suruh aku jumpa bomoh minta tangkal elak kencing malam.
            
                 TAP ! TAP ! TAP ! Aku pandang belakang. Takde orang. TAP ! TAP ! TAP ! Aku toleh belakang lagi. Gadis itu berdiri membulatkan mata memandang aku. Suram wajahnya. Aku takut ni. Baring buat-buat mati pun takde fungsi rasanya ni.
            
                “Awak ni orang,kan ? Awak boleh mengucap,tak ? Saya tanya serius ni, baik awak jawab. Saya boleh jerit ni. Haa. Saya jerit,kang ?”, aku rapatkan badan ke dinding tanpa diketahui motifnya.
            
                “Ish awak ni. Saya ni oranglah. Tak baik tahuuu”, masam mukanya yang masih memegang cawan Coke Light yang tertumpah tadi. Merajuk lettew.
            
                “Alololo. Okay, jadi awak ni bukan hantulah. Hantu mana tahu merajuk. So, nama awak ? I’m Remy !”, perlahan aku hulurkan tangan meminta cawan polisterin itu untuk dibuang. Gentleman persis James Bond sungguh.
            
                “Hannah. Err. Saya sebenarnya nak cakap sesuatu dekat awak ni, Remy. Sudi tak kalau awak...awak...teman saya pergi dekat kereta saya ? Dah lewat ni. Saya kan perempuan. Awak faham-fahamlah”.
            
                 Ish, dia ni. Main gesek-gesek kaki dekat lantai pula sambil main gulung jari dengan hujung jersi. Teringat masa kena lempang dengan ayah aku sebab usha budak-budak jalan melenggang balik sekolah depan rumah, terus takut aku nak sentuh budak Hannah ni. Berdosa, tahu ?
            
                “Jom ! Tiket parking awak dah bayar ke belum ? Meh sini bagi saya”, tiket ditangannya yang satu lagi aku ambil dan terus dibayar dimesin untuk bayar tiket tapak meletak kereta.
            
                 Dia masih tidak berganjak. Aku pandang dia. Merah padam mukanya. Alahai, ni mesti rasa segan sebab aku bayarkan tiket. Tak pun sebab kes air tumpah tadi. Tak boleh jadi ni. Aku pegang zip beg galasnya dan tarik dia ke dataran letak kereta. Siapa suruh duduk diam-diam ?
            
                “Eii ! Apa ni main tarik-tarik ? Janganlah,hey !”, Hannah menjatuhkan diri, terduduk sambil memeluk lututnya. Aku tergelak, tapi cuba ditahan. “Kelakarlah dia ni !”, kata hati aku bila ia mengambil alih tugas mulut aku untuk berkata-kata. Aku lihat jam ditangan kiri. Hampir 2 pagi.
            
                “Haa. Dah tu ? Kenapa tercegat lagi ? Jomlah. Ke awak memang part-time kerja guard dekat sini ?”.

                “Alaaaah. Orang segan ni,tak nampak ke ? Iyelah, iyelah. Jom”, dia berjalan mendahului aku. Aku senyum lagi. Takkan nak sedih, macam tak kena pulak. Mestilah senyum, ye dak ?
            
                 Punat kunci kereta automatik ditekan dari jarak 100 meter. Gema bunyi penggera jelas didengari. Kekok berjalan bersebelahan dengan Hannah. Aku jeling dia yang berada disebelah kanan, dia jeling aku yang berada disebelah kiri. Mungkin risau. Mungkin takut. Mungkin,okay ? Mungkin. Tapi mungkin juga...suka.
            
                 Pintu kereta aku bukakan. Pantas dia masuk dan dikatup kemas pintu itu agar tertutup rapat. Takut dengan aku juga rupanya dia ni. Hiks ! Aku terus beransur, melangkah masuk kedalam shopping mall itu untuk ke kawasan letak motosikal. Tiba-tiba Kancil berwarna putih yang aku baru lihat tadi berhenti dihadapan aku. Tingkap kereta diturunkan.
            
                “Terima kasih tau, Remy !”, seukir senyuman yang cukup ikhlas dari Hannah benar-benar menghilangkan lelah aku menemani dia tadi.
            
                “Okay, awak. Hati-hati, tahu ? Selamat malam !”, balas aku sebelum dia berlalu pergi.
            
                 Kunci motor diselitkan dalam slot kunci. Skuter aku dihidupkan. Topi keledar disarung rapi. Terus aku redah sejuk dan sesak jalan sepanjang Lebuhraya Persekutuan itu. Polis mengadakan sekatan jalanraya di lorong motor arah yang bertentangan membuatkan aku gelak besar diatas motor. Aku tak bawa lesen ni. Rileks. 60 km/j lagi aku tambah kelajuan motosikal supaya aku balik asrama cepat.
            
                 Traffic light simpang masuk ke Hospital Universiti berwarna merah. Masa aku belajar dekat sekolah memandu dulu, dia kata jangan jalan kalau lampu merah. Bila nak banding lampu merah dengan tahap mengantuk aku, aku tibai pergi jalan je. Malas aku nak tunggu ni.
            
                 SRETT !
            
                 Menggelongsor skuter aku semasa membelok. Tayar belakang bocor. Dugaan betul macam ni. Nafas dihela, terus aku sorong motor perlahan-lahan menuju ke universiti. Kedai menjual alatan skuba. Kedai menjual bagasi. Kedai menjual kereta. Satu demi satu kedai aku lalui. Semasa aku lalu disebelah tapak pembinaan sebuah gereja...
            
                “Awakkkk...”, seseorang menarik lengan baju aku dari belakang. Lemah suaranya. Hannah.
            
                “Kenapa ni, Hannah ? Macam mana awak boleh ada dekat sini ? Awak kena rompak ke ?”, serius soalan yang aku ajukan. Lebih serius dari soalan Matematik yang pernah aku jawab masa SPM dahulu.
            
                “Kereta rosak depan 7E dalam lorong tu. Saya nak balik University Tower depan sana. Tolong...em, teman boleh ?”.
            
                “Boleh je, awak. Motor saya pun tayar dia bocor. Tahu-tahu je dia kereta awak pun rosak. Hahaha !”, ayat jujur bukan copy-paste novel Alaf 21 aku keluarkan. Jarang aku luah kata dengan jujur. Temuduga masuk universiti haritu pun aku tak jujur, tahu ?
            
                Rapat. Makin rapat dia berjalan sebelah aku. Lebih rapat daripada waktu kami berjalan dalam pusat membeli-belah tadi. Kadang-kadang dia cuba juga ‘tolong’ tolak skuter aku dari belakang, dengan harapan dia boleh membantu walaupun sebenarnya takde effect pun. Lampu malap dibahu jalan menyerikan sedikit suasana yang sunyi. Kereta yang masih lalu lalang bagai menyuluh kami sepanjang jalan yang suram.
            
               “Naiklah skuter ni. Biar saya tolak sampai depan University Tower. Nak ?”.
            
               “Taknaklah, awak. Susah-susah je. Dahlah saya cukup menyusahkan awak tadi. Tak mau tambah lagi. Kalau awak naik, saya tolak macam mana ?”, Hannah pegang erat pemegang tempat duduk bahagian belakang. Tersenyum lebar.
            
               “Hahaha ! Awak ni kannnnnn ! Kenapa awak kelakar sangat ni ? Hahaha ! Dah. Jom tolak sama-sama kalau awak taknak naik”.
            
               Ajakan aku diterima. Lekas dia pegang handle sebelah kiri. Kadang tolak sama perlahan. Kadang dia nakal, laju ditolak skuter tu. Aku pula kena kejar. Geram juga aku layan kecomelan dia ni. Minit demi minit berlalu. Sampailah berada dihadapan rumah sewa Hannah.
            
               “Awak nak saya teman sampai depan pintu rumah ke ? Macam bahaya je awak nak naik atas ni ?”, jelas terpancar kerisauan aku. Aku jeling pak guard berbangsa asing. Tambah lagi risau aku. Aku jeling lagi kutu-kutu rayau yang melepak dikawasan letak kereta. Aduhai ! Selamat ke dia ni ?

              “Jangan risaulah awak. Pak guard tu memang nampak macam menakutkan. Kutu rayau yang awak jeling tu, diorang semua abang waiter dekat gerai bawah tu. Hihihi !”. Kantoi dia perasan aku jeling mereka semua tadi.
            
              “Okay. Again, hati-hati tahu. Awak naiklah dulu, saya tunggu dekat sini sampai awak naik lif”.
            
              “Hehehe ! Baiklah, bos ! Terima kasih sangat-sangat, awak. And...sorryyyyyyyyyyyyy !”, Hannah berlari laju masuk kedalam lif.
            
               Terpinga-pinga aku duduk diatas motor. Kenapa dengan dia tu ? Ah, biarlah. Perempuan ni memang susah sikit nak difahami. Penat. Aku tolak perlahan motor kedalam asrama yang terletak berhadapan dengan University Tower itu. Pagar utama asrama dikunci. Motor dikunci diluar asrama. Pantas aku lari kebelakang blok asrama, memanjat sebuah tangga yang telah sedia lama ada sebagai alternatif jika pelajar pulang lewat malam. Sampai dibilik, terus aku tidur. Takde apa dah aku fikir kalau penat macam ni.
            
               Kelas, makan tengahari, praktikal, kelas semula dan habislah jadual pembelajaran hari esoknya. Kepadatan waktu sangat mengongkong aku dalam melakukan apa saja. Makan pun kadangkala takde masa. Masa senggang aku memang aku isi dengan tidur. Dapat tengok wayang, kira bonus bagi aku. Tapi sebab penat tahap dewa, aku nak tidur.
            
               BEEP !
            
               Separuh mata aku tertutup dan satu mesej ringkas diterima. Nak baling ke luar tingkap juga aku rasa kalau Maxis hantar main tegur Selamat Hari Raya Aidiladha petang-petang ni. Mentang-mentang rumah aku jauh, tak dapat balik sambut Hari Raya Korban. Ceh !
            
               “Midnight horror movie malam ni, jom ? =)”.
            
               Melompat aku dari katil, meluru ambil beg aku. Tag pengenalan diri hilang. “Buat tanda pengenalan dekat beg ! Senang orang contact kalau hilang !”, teringat pesan ibu aku dulu masa sesi peluk-peluk sebelum aku masuk universiti ni. Terlintas juga imej baju Arsenal, popcorn saiz besar dan Coke Light. Pesanan “And...sorryyyyyyyyyyyyy !” lewat malam itu juga buat aku senyum sendiri, macam selalu.
            
              “Filem ‘Sinister’, jom ?”, balas aku ringkas.

Thursday 27 September 2012

*anonymous* : Bab 1


Akmal tenang membaca nota pensyarah dihadapan komputer ribanya sambil menghirup secawan Milo tawar yang menjadi kegemarannya sejak dia bersekolah asrama lagi. Mata dialih menembusi tingkap kaca murah, merenung gelagat seorang jururawat yang terkial-kial memulas stereng untuk mengeluarkan keretanya dari tempat parkir setelah dihalang oleh kereta yang lain. Senyumannya yang baru sesaat terukir terhapus setelah...

BAM !

"Fuck ! Kereta aku sial !"

Dicampakkanya nota kelantai lalu meredah keluar asramanya sambil menyarung selipar kepunyaan entah siapa-siapa. Diredahnya turun blok asrama tersebut mengalahkan Usain Bolt yang memenangi pingat emas di Olimpik baru-baru ini menuju ke pintu keluar masuk asrama. "Ah,cilake ! Dah pukul 2.15 pagi. Aku lupa pagar asrama dah kena kunci pulak ! Shit !", getus hati Akmal. Dia naik kembali kearas satu, sambil matanya ligat mencari pili air yang kemas dipasang kedinding asrama. Hujung pili air tersebut digenggam kemas, sebelum dia menuruni balkoni yang tingginya hampir 3 meter. Angin malam dingin yang meniup rambutnya membuatkannya terasa seperti hero yang cuba meloloskan diri dari penjara. Ah, mengalahkan cerita Spongebob Squarepants pula imaginasinya. Tiba-tiba, pili air tersebut laju merungkai untaiannya yang bergulung menyebabkan Akmal jatuh terjelepok ketanah. Akmal mengusap lututnya yang calar balar. "Dajeyy. Nasib baik aku mati nanti jumpa tanah juga. Heh !".

Langkah demi langkah Akmal lajukan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Setibanya ditapak parkir, hampir rebah Akmal dibuatnya apabila kereta Kancil kesayangannya yang statik itu remuk teruk dibahagian belakang. Renungan tajamnya dihunus kemata jururawat tersebut.

"Kau ambik lesen kat mana hah, gila ?!", teriak Akmal. Jururawat yang sedang cuak itu tergamam tanpa kata. Tanda nama besi yang tersemat rapi didadanya jelas tertera nama "Zulaikha".

"He...hel...hello ! Y...you yang parking merata, o...okay ?! An...and one more thing, nama I bukan GILA ! Nama I 'Zulaikha' ! Dia yang g...gila pakai selipar lain-lain, ada hati nak kata orang gila p...pula", rungut Zulaikha tergagap ketakutan sambil menjuihkan bibirnya yang mungil menunjuk kearah selipar Akmal.

Akmal menundukkan kepalanya. Nyata selipar Fipper berwarna biru muda miliknya disarung dikaki sebelah kanan manakala selipar jepun bertali biru disebelah kiri. Mukanya merah menahan malu. Nak gelak, gila ke apa ? Situasi macam ni nak gelak ? Tak boleh, tak boleh. Nak dimarah jururawat comel tersebut, malu pula rasanya. Mana mungkin lelaki sepertinya berani nak memarahi gadis comel seperti Zulaikha. Jatuh maruah, beb !

Diangkat mukanya beserta senyuman, "Takpelah,cik...". Terhenti tuturnya apabila 'Zulaikha' tersebut hilang dalam pekat malam Isnin itu. Dicarinya gadis itu dicelah-celah kereta yang tersusun rapi dikawasan parkir itu.  Berkerut dahinya yang jarang sebegitu melainkan didalam dewan peperiksaan. "Cis ! Nasib baik kau comel, Zulaikha. Laju betei kau lari, ehh ? Hahaha !". Dia kembali ke keretanya. "What the fuuu ?!", jerit Akmal mengusap belakang keretanya itu. Tiada kesan remuk mahupun calar sekalipun. Bulu romanya mula berdiri tegak saat itu juga apabila dia merasakan terdapat angin sedingin salju lalu dibelakangnya. Dia menoleh perlahan. Anak matanya melirik kesudut kanan matanya. Peluh tanda kerisauan mula menitik didahinya. Lalu...

HUH ! HUH !

Menggelepar Akmal bangkit dari katilnya. Basah jersi Arsenal yang dipakainya. "Damn. Dah 3 hari berturut-turut aku kena mimpi macam tu. Semuanya jumpa makwe nama Zulaikha tu. Siapa dia ?", ngomelnya sambil menekan suis cerek elektrik yang penuh berisi air sebelum mencuci mukanya. Sepeket Milo Fuze dicurahkan kedalam cawan besinya dan diisi sehingga penuh dengan air panas. Laman sesawang Twitter dibuka dikomputer ribanya yang sudah memang terbuka dari malam tadi. Itulah tempat dia mendapat inpirasi dan berkongsi idea genius dengan penggunanya yang lain. Hirupan pertama airnya yang hangat itu disambut dengan seruan untuk mengajak umat Islam menunaikan solat Subuh. Mod komputer ribanya dialih ke mod 'shut down' sebelum dia merendahkan diri, menunaikan suruhan yang Maha Kuasa ditikar sembahyang.

Terik matahari mencucuk-cucuk kulit. Akmal berlari melewati bahu jalanraya menuju kekolejnya. "Natang ! Yang aku pergi sambung tidur lepas Subuh tadi, kenapa ?!", sehelai tisu disentap dari sakunya, mengelap peluh yang menitis. Dipulasnya tombol pintu kelas perlahan-lahan sambil menjenguk kedalam. Ah, professor dah masuk ! Nafas dihela, senyuman manisnya dihulur. Professor Ardita yang terkenal dengan keanggunan dan sopan santunnya itu membalas senyuman Akmal dan mengangguk tanda mengalukan kedatangan 'awalnya'. Tersengih Akmal sendiri sambil mencari tempat kosong untuk dirinya.

"Whoi gila ! Apsal lambat ? Aku ketuk pintu tadi tak berjawab. Ingat hang dah mampuih. Kikiki !", bisik Cal yang menjadi jiran biliknya semenjak semester pertama lagi. Nama dia dekat Aloq Staq, Karim. Mai Ki Ill, terus jadi Cal. Dasar mudah terpengaruh dengan filem siaran HBO. Hahaha !

“Whoi Mal ! Awat hang senyap ja ?  Kena sampuk ka ?”.

“Senyap la celaka, aku tengah penat kau tahu ? Dah lah kena tinggal bas, tak pepasal aku kena berlari. Haram jadah sungguh !”.

“Aku pelik la dengan hang ni Mal. Malam tadi tidoq kemain awal. Pi kelas lewat jugak. Songsang sungguh kehidupanmu, Nur Akmal Haniff !”.

Ya, Nur Akmal Haniff. Itu nama penuh Akmal. Cahaya sempurna yang suci, jikalau diterjemah terus dari Bahasa Arab. Nama tersebut cukup dibenci beliau ketika di sekolah rendah. Mana tak nya. Nur ? Nama perempuan kot ! Tapi sekarang dia amat berbangga dengan namanya. Jarang sekali lelaki bernama Nur, maka dia menggelar dirinya sebagai unik. Pelik ? Pelik itulah yang unik ! Hehehe !

Akmal mengelamun sebentar. Beliau teringat kembali mimpi yang acap kali mengganggu lenanya dimalam hari sambil tangannya menyelak buku notanya tanpa sedar.

“Zulaikha, hm…”

Friday 15 June 2012

Buta ?

"Some people among us is blind. Too blind to see the truth behind    the beautiful lies of the world. Some pretended to be blind, and some were really blind."

Maafkan gua kalau 'grammar' gua salah dekat atas tu. Maklumlah,gua ni sekolah bebiasa je. Ayat selak kamus Oxford Dwibahasa. Kakakaka ! Jadi, topik gua kali ni adalah BUTA.

Merujuk kosa kata BUTA ni, ada banyak maksud dia. Tetapi gua nak kaitkan buta ini dengan percintaan remaja,ehh,semua manusia dizaman penipuan ini.

Buta,hmm. Berdasarkan pemantauan gua sepanjang 19 tahun gua hidup ni, terlalu banyak manusia yang buta menilai cinta seseorang kepada mereka. Ada mereka yang didampingi rakan baik yang tanpa mereka sedari,rakan baiknya itu jugalah yang jatuh cinta kepada mereka. Tetapi mereka tetap buta untuk melihat ketulusan cinta rakannya itu,bahkan mem'buta'kan mata lalu mencari cinta yang lain. Disaat ini, ramai yang akan mula merasa bahawa cinta ini adalah satu penipuan kerana manusia terlalu buta untuk merasa cinta mereka. Dikala ini jugalah wujudnya perasaan bahawa mereka adalah golongan yang telah di'friendzoned' oleh 'crush' memasing. 'Friendzoned' mungkin adalah terma yang baru bagi engkorang yang baru mendengarnya. 'Friendzoned' ni err, macam nilah gua ringkaskan cerita. 'Crush' ataupun orang yang engkorang suka tu anggap engkorang sebagai kawan sahaja, dan tak lebih daripada itu. Haa, engkorang bolehlah hafal dah maksud dia. Kakakaka !

"Ek eleh ! 'Confess' jelah whoi ! Itupun susah ke ?!"

Okay. Yes, gua sendiri tahu. 'Confession' ataupun pengakuan adalah suatu perkara yang sukar untuk dilakukan. Lu ingat senang ke nak kata "Saya sayang/suka/cinta awak !" cenggitu je dekat orang yang lu suka ? Kalau gua 'confess' dekat atas PWTC,ada can gua menggigil sampai 'ter'terjun dari puncak bangunan tu. Ketahuilah engkorang bahawa orang yang berani 'confess' cinta mereka kepada engkorang,adalah orang yang berani. Tapi ingat ! Ada juga pesen manusia yang sangat mudah mengungkapkan kata-kata manis sehingga engkorang cair macam Cadbury Black Forest yang gua genggam. Tips yang gua boleh bagi satu je. Engkorang bacalah bahasa badan dia. Engkorang 'check' gerak tubuh dia. Engkorang periksa lenggang-lenggok anak matanya. Engkorang kena bijak membaca semua benda ni,baru engkorang boleh mencari 'My Happy Ending' ataupun dalam bahasa Islamiknya,'Cinta Hingga Ke Jannah'. Wkwkwkwkwkwkwk !

Kesimpulan daripada ceramah gua,bukalah mata engkorang. Janganlah mencari sesuatu yang mustahil sedangkan perkara sebenar yang kau cari berada disisi kau. Carilah cinta berteraskan cinta kepada Tuhan. Jaga batas engkorang. Cinta bukanlah bermotifkan nafsu semata-mata. Sekali lagi,bukalah mata engkorang untuk melihat realiti cinta didunia disebalik lapisan udara yang dipenuhi muslihat nafsu manusia dan peganglah taat setia cinta kau kepada Yang Esa.

Saturday 21 April 2012

Materialistik : Adakah Ia Satu Kesalahan ?

Hi ! Okay,aku tahu.Tak sampai 3 ke 4 jam yang lepas aku baru update satu post.Hahaha ! Okay,terdetik nak tulis pandangan aku mengenai 'materialistik' atau sifat kebendaan setelah terbaca tweet yang membenci orang-orang yang materialistik ini.Sebabnya aku pun materialistik juga,so,macam terasa sikit.Hahaha haha ha ! *asah parang*




Kalau pool dekat rumah aku macam ni, Ya Allah ! *sujud syukur*

Okay, dari perspektif diri saya yang serba khilaf ini (cewahh !), aku boleh katakan mereka yang membenci sifat materialistik pada zaman ini adalah mereka yang masih belum matang untuk menilai kepentingan duit dan harta.Point-point saya ?

1. Okay.Kalau sekarang korang yang couple zaman muda (sekolah atau universiti) darah remaja ni, mesti tak kisah punya sebab pakwe/makwe korang ada duit boleh belanja korang makan, tengok wayang dan segala benda yang aku tak pernah merasa.Dari mana datang duit tu ? Mostly datang dari parents diorang kan ? Tak pun PTPTN yang korang nak mansuh bagai tu. (saya bukan kroni UMNO ataupun pembangkang ! *seriousface.jpg) Cuba fikir dari pandangan matang anda ? Kalau korang nak kahwin nanti, awak nak ke kahwin dengan pasangan yang masih ditanggung ibubapanya ? Korang nak makan dekat Victoria Steakhouse ke,tetiba pasangan awak call mak dia."Mama ! Masukkan RM300 boleh ? Nak makan dengan bini ni.Tapi takde duit.Please ?".Nak ? Tak pun, awak nak ke kahwin dengan pasangan especially lelaki yang takde rumah atau aset-aset penting untuk sediakan kemudahan untuk keluarga awak ? Think about it.

2. Now, dari segi duit hantaran.Kalau awaklah,parents awak nak ke minta duit hantaran daripada pihak lelaki serendah RM100 ? Jap,saya tak nafikan masih ada yang ambil duit hantaran serendah itu dan saya tabik ibubapa kalian ! *standing ovation* Tapi mostly sekarang ni,duit hantaran tinggi melambung serupa macam harga sebiji MINI Cooper S idaman saya.Tidakkah itu dikira materialistik ? Lepas tu, cincin tunang nak cincin berlianlah, apajadahlah.Tak beragak langsung.Then, you're still hating people that are materialistic ? Think again.

Kesimpulannya bebelan disiang hari saya, ini bukan provokasi terhadap mereka yang membenci mereka yang materialistik.Ini hanya pandangan.Mungkin korang pun ada pandangan masing-masing.Itu hak korang nak setuju atau tak dengan pandangan aku ni.Hahahaha !

P/S : SAYA ADALAH SEORANG YANG MATERIALISTIK.Jadi,sekali lagi diulang.Post ini adalah untuk mempertahankan golongan seperti saya.Miahahahaha ! XD

Thursday 29 March 2012

A Deathbed Tale : Part I

Here I am, on the floor, lying ;
Shivers in fear, while I'm dying ;
Searching for some air, gasping ;
Hey baby ,it's gonna be the last time I'm crying.

This is a story to be told ;
Although it's hard, I need to be bold ;
Hug me baby, cause I'm cold ;
You're still pretty, though you're getting old.

Remember those time, when were together ? ;
When we're going through all those bad weather ? ;
Will you mend all those memories together, dear ? ;
As a gift for you, when I'm gone, forever.

Don't weep, my beloved girl ;
Cause it made my heartbeats swirl ;
Do bear in your mind, that you're my only girl ;
Though you'll never see me again, in this tiny world.

Wednesday 7 March 2012

Solat : A Choice Or A Priority ?

Salam and hye guys ! So,the topics seems cliche right ? Everybody would think that I may be a pious or some religious guy to talk about this.Nope ! I wrote this just because I have a duty to reminds all of us about this important thing that we should do as a Muslim.


Well,some of us may think solat is a choice.If they feel like they would want to do it,so they'll do it.Some of them would do it only when their mom starts nagging,and then they'll do it.If their mom nags once,so they would do it only once.Some of us would solat just to attract peoples attention,so that everyone would give them a good perception.Some would also do it only when their boyfriend/girlfriend asked them to.So that they would be looked up as a 'good' future husband bla bla bla,THE END.Most people does that in our environment,am I right ?


We should take solat as a serious matter in our life.Allah SWT have given us the capability to work,play and even breathe.A simple steps in solat is enough as a token of appreciation to Allah SWT for the sustenance that He had given to us.Some of the readers would think,"Does the writer of this entry were too good to talk about this ? Does he have enough knowledge about Islam to preach something like this to me ? Pfft !".Yeah,I know that I'm not that good.Sometimes,I also missed the solat.Mostly Subuh and Isya'.Usually,I overslept.Haih ! Astaghfirullahalazim.But I still,no,we still have the duty to qada the solat that we have missed.We shouldn't think does Allah accept our qada.It's His will to accept it.It's our duty to do what we should have do.Sometimes,we felt that we were forced to perform the solat eventhough we're too tired.I think it's better to perform it in a forced way rather than we abandoned the duty as a khalifah on the Earth.It's my opinion,some may have different views.


That's all for this entry.Should have slept right now.Got a class on 9am or 10am.Histology.Pheww ! Toodle guys !


P/S : Biochem aku D whoi ! Subject lain semua B.Aduhai ! Malangnya ! =.=

Thursday 5 January 2012

My World Of Lomography ! :)

"In my point of view,Lomography is an art of the unexpected.You'll never know what the result would be.Snap,wait and see."

Snap dari dalam bas.Time hujan. :)

Wave barrier. 


Time memancing haritu.

Sampan persendirian nelayan. 


Light trail.Maghrib dekat Federal Highway.


Repair jalan UMMC.

First double exposure.FIPPER ! :)

Sweet couple ni.Bukan aku ni.Haha.Double exposure on Broga Hill.

Double exposure.Background langit lepas Subuh.Also on Broga Hill.

Terang gilaa matahari tu.Tak silap masa pukul 8am ni.

My lil fat brothas.Haha !

Sebenarnya nak focus dekat butterfly tu.Tapi tak jelas.Hopefully korang nampak butterfly tu.Haha !

Ma Dad and lil brotha.

Double exposure at MidValley.Time ni mendung nak hujan.Sebab tu macam gelap sikit.

Near the poolside masa dinner dekat Vistana Hotel Haritu.

Between dua buah lot kedai dekat Pangkor Island.Nasib baik tak gelap sebab masa snap ni nak dekat Maghrib dah.Haha !

Fared Rosli berlatarbelakangkan langit biru dikala Maghrib menjelma.Haha !



Entry kali ni adalah mengenai hobi aku yang maybe orang akan kutuk sebab melawan arus zaman.Mama aku sendiri pun bahan aku sebab hobi aku ni.Sobs.HAHA ! It is snapping pictures with my analogue camera a.k.a my LomoBaby,SnappyWappy ! Gambar dia ada kat sudut atas belah kanan blog aku ni.Nampak tak ? AHAHA !


Okay,minat aku start masa kat MRSM aku dulu.Ada sorang kawan aku ni pakai DSLR and some Lomo.Dia guna Diana F+.Aku pun rasa nak beli jugak time tu.Tapi sebab kewangan pelajar sekolah seperti aku yang boros,apakan daya.Terpaksalah lupakan harapan tu.Then,aku masuk UMMC,PJ sambung belajar dalam Medical Laboratory Technology course.Jumpa laa pelbagai jenis orang and kawan baru.After a few months,aku baik laa dengan seniorsenior aku semua.Ada pulak sorang senior tu aku selalu keluar samasama.One day,dia kata kat aku dia nak beli camera baru.Aku pun macam,"Ohh,okayokay.".Esoknya,aku nampak sebiji camera Lomo kat bilik dia.Aku terus cakap ahh,"Whoaa ! Lawa gilaa camera ni ! Mana kau beli ?!".Dia kata dia beli kat The Click Shop,SS2,PJ.Aku terus start kumpul duit pastu sebab nak beli camera tu.Sambilsambil kumpul duit tu,aku belajar sikitsikit pasal semua benda Lomo ni.Exposure,aperture,ISO,light trail and macammacam lagilah.


Sampai satu hari,aku teman kawan aku ni pergi The Click Shop,SS2 sebab dia nak scan film.Ni first time dia pergi.Aku lagilah.Dengar daripada kawan MRSM aku dulu tu je lah.Pergipergi,duadua taktau camne nak scan film.Nasib baik tuan kedai tu baik hati tolong kitorang.Kalau tak,haih.Haha ! Lepas siapsiap scan semua,aku take a walk dalam kedai tu.Nampak macammacam camera.Dari Polaroid,SprocketRocket,BlackBird,Diana F+,Minimox,JuiceBox Camera,LCA,FishEye and others.Aku terus ternampak satu camera,Holga 135BC colour putih.Check price tag,RM180 kalau tak silap.Tengok dompet aku,ada RM200.Apalagi,terus grab satu la.Haha ! Tapi belibeli camera,tak beli film.Sengal ! -.- Balik rumah terus beli film.


And sampai sekarang,aku still guna Holga 135BC ni.Biarlah setahun dua masterkan guna camera ni dulu,the,baru aku try yang lain.Ikut hati nak try Diana F+ CMYK lepas ni.Kumpul duit lagilah nampaknya.Haha ! :)


P/S : Don't think just shoot.Benda ni kena ada minat tinggi,kalau takde,rugi gilaa kau beli.Unless lah kau orang kaya.Haha !