Akmal tenang membaca nota
pensyarah dihadapan komputer ribanya sambil menghirup secawan Milo tawar yang
menjadi kegemarannya sejak dia bersekolah asrama lagi. Mata dialih menembusi
tingkap kaca murah, merenung gelagat seorang jururawat yang terkial-kial memulas
stereng untuk mengeluarkan keretanya dari tempat parkir setelah dihalang oleh
kereta yang lain. Senyumannya yang baru sesaat terukir terhapus setelah...
BAM !
"Fuck ! Kereta aku sial
!"
Dicampakkanya nota kelantai lalu
meredah keluar asramanya sambil menyarung selipar kepunyaan entah siapa-siapa.
Diredahnya turun blok asrama tersebut mengalahkan Usain Bolt yang memenangi
pingat emas di Olimpik baru-baru ini menuju ke pintu keluar masuk asrama.
"Ah,cilake ! Dah pukul 2.15 pagi. Aku lupa pagar asrama dah kena kunci
pulak ! Shit !", getus hati Akmal. Dia naik kembali kearas satu, sambil
matanya ligat mencari pili air yang kemas dipasang kedinding asrama. Hujung
pili air tersebut digenggam kemas, sebelum dia menuruni balkoni yang tingginya
hampir 3 meter. Angin malam dingin yang meniup rambutnya membuatkannya terasa
seperti hero yang cuba meloloskan diri dari penjara. Ah, mengalahkan cerita
Spongebob Squarepants pula imaginasinya. Tiba-tiba, pili air tersebut laju
merungkai untaiannya yang bergulung menyebabkan Akmal jatuh terjelepok ketanah.
Akmal mengusap lututnya yang calar balar. "Dajeyy. Nasib baik aku mati
nanti jumpa tanah juga. Heh !".
Langkah demi langkah Akmal
lajukan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Setibanya ditapak parkir, hampir
rebah Akmal dibuatnya apabila kereta Kancil kesayangannya yang statik itu remuk
teruk dibahagian belakang. Renungan tajamnya dihunus kemata jururawat tersebut.
"Kau ambik lesen kat mana
hah, gila ?!", teriak Akmal. Jururawat yang sedang cuak itu tergamam tanpa
kata. Tanda nama besi yang tersemat rapi didadanya jelas tertera nama
"Zulaikha".
"He...hel...hello ! Y...you
yang parking merata, o...okay ?! An...and one more thing, nama I bukan GILA !
Nama I 'Zulaikha' ! Dia yang g...gila pakai selipar lain-lain, ada hati nak
kata orang gila p...pula", rungut Zulaikha tergagap ketakutan sambil
menjuihkan bibirnya yang mungil menunjuk kearah selipar Akmal.
Akmal menundukkan kepalanya.
Nyata selipar Fipper berwarna biru muda miliknya disarung dikaki sebelah kanan
manakala selipar jepun bertali biru disebelah kiri. Mukanya merah menahan malu.
Nak gelak, gila ke apa ? Situasi macam ni nak gelak ? Tak boleh, tak boleh. Nak
dimarah jururawat comel tersebut, malu pula rasanya. Mana mungkin lelaki
sepertinya berani nak memarahi gadis comel seperti Zulaikha. Jatuh maruah, beb
!
Diangkat mukanya beserta
senyuman, "Takpelah,cik...". Terhenti tuturnya apabila 'Zulaikha'
tersebut hilang dalam pekat malam Isnin itu. Dicarinya gadis itu dicelah-celah
kereta yang tersusun rapi dikawasan parkir itu. Berkerut dahinya yang
jarang sebegitu melainkan didalam dewan peperiksaan. "Cis ! Nasib baik kau
comel, Zulaikha. Laju betei kau lari, ehh ? Hahaha !". Dia kembali ke
keretanya. "What the fuuu ?!", jerit Akmal mengusap belakang
keretanya itu. Tiada kesan remuk mahupun calar sekalipun. Bulu romanya mula
berdiri tegak saat itu juga apabila dia merasakan terdapat angin sedingin salju
lalu dibelakangnya. Dia menoleh perlahan. Anak matanya melirik kesudut kanan
matanya. Peluh tanda kerisauan mula menitik didahinya. Lalu...
HUH ! HUH !
Menggelepar Akmal bangkit dari
katilnya. Basah jersi Arsenal yang dipakainya. "Damn. Dah 3 hari
berturut-turut aku kena mimpi macam tu. Semuanya jumpa makwe nama Zulaikha tu.
Siapa dia ?", ngomelnya sambil menekan suis cerek elektrik yang penuh
berisi air sebelum mencuci mukanya. Sepeket Milo Fuze dicurahkan kedalam cawan
besinya dan diisi sehingga penuh dengan air panas. Laman sesawang Twitter
dibuka dikomputer ribanya yang sudah memang terbuka dari malam tadi. Itulah
tempat dia mendapat inpirasi dan berkongsi idea genius dengan penggunanya yang
lain. Hirupan pertama airnya yang hangat itu disambut dengan seruan untuk
mengajak umat Islam menunaikan solat Subuh. Mod komputer ribanya dialih ke mod
'shut down' sebelum dia merendahkan diri, menunaikan suruhan yang Maha Kuasa
ditikar sembahyang.
Terik matahari mencucuk-cucuk
kulit. Akmal berlari melewati bahu jalanraya menuju kekolejnya. "Natang !
Yang aku pergi sambung tidur lepas Subuh tadi, kenapa ?!", sehelai tisu
disentap dari sakunya, mengelap peluh yang menitis. Dipulasnya tombol pintu
kelas perlahan-lahan sambil menjenguk kedalam. Ah, professor dah masuk ! Nafas
dihela, senyuman manisnya dihulur. Professor Ardita yang terkenal dengan
keanggunan dan sopan santunnya itu membalas senyuman Akmal dan mengangguk tanda
mengalukan kedatangan 'awalnya'. Tersengih Akmal sendiri sambil mencari tempat
kosong untuk dirinya.
"Whoi gila ! Apsal lambat ?
Aku ketuk pintu tadi tak berjawab. Ingat hang dah mampuih. Kikiki !", bisik
Cal yang menjadi jiran biliknya semenjak semester pertama lagi. Nama dia dekat
Aloq Staq, Karim. Mai Ki Ill, terus jadi Cal. Dasar mudah terpengaruh dengan
filem siaran HBO. Hahaha !
“Whoi
Mal ! Awat hang senyap ja ? Kena sampuk ka ?”.
“Senyap
la celaka, aku tengah penat kau tahu ? Dah lah kena tinggal bas, tak pepasal
aku kena berlari. Haram jadah sungguh !”.
“Aku
pelik la dengan hang ni Mal. Malam tadi tidoq kemain awal. Pi kelas lewat
jugak. Songsang sungguh kehidupanmu, Nur Akmal Haniff !”.
Ya, Nur
Akmal Haniff. Itu nama penuh Akmal. Cahaya sempurna yang suci, jikalau
diterjemah terus dari Bahasa Arab. Nama tersebut cukup dibenci beliau ketika di
sekolah rendah. Mana tak nya. Nur ? Nama perempuan kot ! Tapi sekarang dia amat
berbangga dengan namanya. Jarang sekali lelaki bernama Nur, maka dia menggelar
dirinya sebagai unik. Pelik ? Pelik itulah yang unik ! Hehehe !
Akmal
mengelamun sebentar. Beliau teringat kembali mimpi yang acap kali mengganggu
lenanya dimalam hari sambil tangannya menyelak buku notanya tanpa sedar.
“Zulaikha,
hm…”