Thursday 27 September 2012

*anonymous* : Bab 1


Akmal tenang membaca nota pensyarah dihadapan komputer ribanya sambil menghirup secawan Milo tawar yang menjadi kegemarannya sejak dia bersekolah asrama lagi. Mata dialih menembusi tingkap kaca murah, merenung gelagat seorang jururawat yang terkial-kial memulas stereng untuk mengeluarkan keretanya dari tempat parkir setelah dihalang oleh kereta yang lain. Senyumannya yang baru sesaat terukir terhapus setelah...

BAM !

"Fuck ! Kereta aku sial !"

Dicampakkanya nota kelantai lalu meredah keluar asramanya sambil menyarung selipar kepunyaan entah siapa-siapa. Diredahnya turun blok asrama tersebut mengalahkan Usain Bolt yang memenangi pingat emas di Olimpik baru-baru ini menuju ke pintu keluar masuk asrama. "Ah,cilake ! Dah pukul 2.15 pagi. Aku lupa pagar asrama dah kena kunci pulak ! Shit !", getus hati Akmal. Dia naik kembali kearas satu, sambil matanya ligat mencari pili air yang kemas dipasang kedinding asrama. Hujung pili air tersebut digenggam kemas, sebelum dia menuruni balkoni yang tingginya hampir 3 meter. Angin malam dingin yang meniup rambutnya membuatkannya terasa seperti hero yang cuba meloloskan diri dari penjara. Ah, mengalahkan cerita Spongebob Squarepants pula imaginasinya. Tiba-tiba, pili air tersebut laju merungkai untaiannya yang bergulung menyebabkan Akmal jatuh terjelepok ketanah. Akmal mengusap lututnya yang calar balar. "Dajeyy. Nasib baik aku mati nanti jumpa tanah juga. Heh !".

Langkah demi langkah Akmal lajukan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Setibanya ditapak parkir, hampir rebah Akmal dibuatnya apabila kereta Kancil kesayangannya yang statik itu remuk teruk dibahagian belakang. Renungan tajamnya dihunus kemata jururawat tersebut.

"Kau ambik lesen kat mana hah, gila ?!", teriak Akmal. Jururawat yang sedang cuak itu tergamam tanpa kata. Tanda nama besi yang tersemat rapi didadanya jelas tertera nama "Zulaikha".

"He...hel...hello ! Y...you yang parking merata, o...okay ?! An...and one more thing, nama I bukan GILA ! Nama I 'Zulaikha' ! Dia yang g...gila pakai selipar lain-lain, ada hati nak kata orang gila p...pula", rungut Zulaikha tergagap ketakutan sambil menjuihkan bibirnya yang mungil menunjuk kearah selipar Akmal.

Akmal menundukkan kepalanya. Nyata selipar Fipper berwarna biru muda miliknya disarung dikaki sebelah kanan manakala selipar jepun bertali biru disebelah kiri. Mukanya merah menahan malu. Nak gelak, gila ke apa ? Situasi macam ni nak gelak ? Tak boleh, tak boleh. Nak dimarah jururawat comel tersebut, malu pula rasanya. Mana mungkin lelaki sepertinya berani nak memarahi gadis comel seperti Zulaikha. Jatuh maruah, beb !

Diangkat mukanya beserta senyuman, "Takpelah,cik...". Terhenti tuturnya apabila 'Zulaikha' tersebut hilang dalam pekat malam Isnin itu. Dicarinya gadis itu dicelah-celah kereta yang tersusun rapi dikawasan parkir itu.  Berkerut dahinya yang jarang sebegitu melainkan didalam dewan peperiksaan. "Cis ! Nasib baik kau comel, Zulaikha. Laju betei kau lari, ehh ? Hahaha !". Dia kembali ke keretanya. "What the fuuu ?!", jerit Akmal mengusap belakang keretanya itu. Tiada kesan remuk mahupun calar sekalipun. Bulu romanya mula berdiri tegak saat itu juga apabila dia merasakan terdapat angin sedingin salju lalu dibelakangnya. Dia menoleh perlahan. Anak matanya melirik kesudut kanan matanya. Peluh tanda kerisauan mula menitik didahinya. Lalu...

HUH ! HUH !

Menggelepar Akmal bangkit dari katilnya. Basah jersi Arsenal yang dipakainya. "Damn. Dah 3 hari berturut-turut aku kena mimpi macam tu. Semuanya jumpa makwe nama Zulaikha tu. Siapa dia ?", ngomelnya sambil menekan suis cerek elektrik yang penuh berisi air sebelum mencuci mukanya. Sepeket Milo Fuze dicurahkan kedalam cawan besinya dan diisi sehingga penuh dengan air panas. Laman sesawang Twitter dibuka dikomputer ribanya yang sudah memang terbuka dari malam tadi. Itulah tempat dia mendapat inpirasi dan berkongsi idea genius dengan penggunanya yang lain. Hirupan pertama airnya yang hangat itu disambut dengan seruan untuk mengajak umat Islam menunaikan solat Subuh. Mod komputer ribanya dialih ke mod 'shut down' sebelum dia merendahkan diri, menunaikan suruhan yang Maha Kuasa ditikar sembahyang.

Terik matahari mencucuk-cucuk kulit. Akmal berlari melewati bahu jalanraya menuju kekolejnya. "Natang ! Yang aku pergi sambung tidur lepas Subuh tadi, kenapa ?!", sehelai tisu disentap dari sakunya, mengelap peluh yang menitis. Dipulasnya tombol pintu kelas perlahan-lahan sambil menjenguk kedalam. Ah, professor dah masuk ! Nafas dihela, senyuman manisnya dihulur. Professor Ardita yang terkenal dengan keanggunan dan sopan santunnya itu membalas senyuman Akmal dan mengangguk tanda mengalukan kedatangan 'awalnya'. Tersengih Akmal sendiri sambil mencari tempat kosong untuk dirinya.

"Whoi gila ! Apsal lambat ? Aku ketuk pintu tadi tak berjawab. Ingat hang dah mampuih. Kikiki !", bisik Cal yang menjadi jiran biliknya semenjak semester pertama lagi. Nama dia dekat Aloq Staq, Karim. Mai Ki Ill, terus jadi Cal. Dasar mudah terpengaruh dengan filem siaran HBO. Hahaha !

“Whoi Mal ! Awat hang senyap ja ?  Kena sampuk ka ?”.

“Senyap la celaka, aku tengah penat kau tahu ? Dah lah kena tinggal bas, tak pepasal aku kena berlari. Haram jadah sungguh !”.

“Aku pelik la dengan hang ni Mal. Malam tadi tidoq kemain awal. Pi kelas lewat jugak. Songsang sungguh kehidupanmu, Nur Akmal Haniff !”.

Ya, Nur Akmal Haniff. Itu nama penuh Akmal. Cahaya sempurna yang suci, jikalau diterjemah terus dari Bahasa Arab. Nama tersebut cukup dibenci beliau ketika di sekolah rendah. Mana tak nya. Nur ? Nama perempuan kot ! Tapi sekarang dia amat berbangga dengan namanya. Jarang sekali lelaki bernama Nur, maka dia menggelar dirinya sebagai unik. Pelik ? Pelik itulah yang unik ! Hehehe !

Akmal mengelamun sebentar. Beliau teringat kembali mimpi yang acap kali mengganggu lenanya dimalam hari sambil tangannya menyelak buku notanya tanpa sedar.

“Zulaikha, hm…”

No comments:

Post a Comment