Sudah masuk tahun 2013,
Dan aku masih seorang perfeksionis,
Mencari kesempurnaan abadi,
Dalam ketidaksempurnaan segala perkara duniawi.
"Kenapa tulisan ni senget ?",
"Kenapa saiz tulisan lain-lain ?",
Maafkan aku dan soalanku,
Kerana cerewet dengan benda yang tak cantik.
P/S : "Citarasa kau semuanya tinggi. Benda kau buat semuanya nak 100% precise & perfect. Boleh tak jangan jadi perfectionist sangat ?" - Kawan,2012.